Langkau ke kandungan utama
40 MATA CCD Wajib Renewal PPK Pertama (G1-G3)

Kursus Pengurusan Bisnes CIDB (SKP)

Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes

Wajib untuk kontraktor G1-G3 tanpa personel teknikal ketika renewal PPK pertama

Dikemaskini:
No. Pendaftaran SSM:JM1006884-H
3+Tahun Pengalaman
500+Pelanggan Berpuas Hati

Keperluan Wajib CIDB

Mengikut Seksyen 3.1.i Syarat & Terma Pendaftaran Kontraktor CIDB, Kursus SKP adalah WAJIB untuk kontraktor Gred G1 hingga G3 yang tidak mempunyai personel teknikal ketika membuat pembaharuan PPK kali pertama.

Apa Itu Kursus SKP (Pengurusan Bisnes)?

Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes (SKP) adalah kursus yang diwajibkan oleh CIDB untuk kontraktor Gred G1 hingga G3 yang tidak mempunyai personel teknikal di dalam syarikat mereka. Kursus ini mesti diselesaikan sebelum pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang pertama boleh diluluskan.

Kursus ini bertujuan untuk memastikan kontraktor mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan perniagaan pembinaan, termasuk aspek kewangan, pengurusan projek, undang-undang kontrak, dan amalan terbaik industri. Dengan ilmu ini, kontraktor dapat menguruskan syarikat pembinaan dengan lebih efektif dan profesional.

Kursus ini dijalankan secara dalam talian (online) dan peserta diberi tempoh 60 hari untuk menyelesaikan pembelajaran. Selepas selesai modul online, peserta perlu menduduki penilaian di cawangan CIDB yang berdekatan.

Maklumat Kursus

  • Format: Kursus Online (60 hari) + Penilaian di CIDB
  • Mata CCD: 40 Mata
  • Sasaran: Kontraktor G1-G3 tanpa personel teknikal
  • Bila Diperlukan: Renewal PPK kali pertama
  • Penilaian: Di cawangan CIDB (tidak boleh diwakilkan)

Siapa Yang Perlu Hadir Kursus Ini?

WAJIB Hadir

  • Kontraktor Gred G1, G2, atau G3
  • Tidak mempunyai personel teknikal di syarikat
  • Hendak membuat pembaharuan PPK kali pertama

TIDAK Perlu Hadir

  • Kontraktor Gred G4 ke atas
  • Kontraktor G1-G3 yang mempunyai personel teknikal
  • Kontraktor yang sudah pernah renew PPK sebelum ini

Apa Itu Personel Teknikal?

Personel teknikal merujuk kepada pekerja syarikat yang mempunyai kelayakan teknikal seperti diploma/ijazah dalam bidang kejuruteraan, seni bina, atau kuantiti surveyor. Jika syarikat anda mempunyai pekerja dengan kelayakan ini, kursus SKP tidak diperlukan.

Struktur Kursus & Modul Pembelajaran

Modul 1: Pengurusan Kewangan

  • Asas perakaunan dan penyata kewangan
  • Pengurusan aliran tunai (cashflow)
  • Kawalan kos dan belanjawan projek
  • Pembiayaan dan kredit perniagaan

Modul 2: Pengurusan Projek

  • Perancangan dan penjadualan projek
  • Pengurusan sumber dan tenaga kerja
  • Kawalan kualiti dan keselamatan
  • Dokumentasi dan rekod projek

Modul 3: Undang-undang & Kontrak

  • Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 520
  • Jenis-jenis kontrak pembinaan
  • Hak dan tanggungjawab kontraktor
  • Penyelesaian pertikaian

Modul 4: Pengurusan Perniagaan

  • Strategi dan perancangan perniagaan
  • Pemasaran dan pembangunan pelanggan
  • Pengurusan sumber manusia
  • Teknologi dan inovasi dalam pembinaan

Proses Kursus

1

Pendaftaran

Daftar melalui kami untuk akses kursus online

2

Kursus Online

60 hari untuk selesaikan semua modul

3

Penilaian

Hadir sendiri ke cawangan CIDB

4

Sijil SKP

Terima sijil + 40 Mata CCD

Yuran Kursus

40 MATA CCD

Kursus SKP (Pengurusan Bisnes)

Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes CIDB

RM 500 / peserta
  • Akses kursus online selama 60 hari
  • Bahan pembelajaran lengkap
  • Slot penilaian di CIDB
  • Sijil SKP rasmi
  • 40 Mata CCD
Daftar Sekarang

Daftar Kursus SKP Sekarang

Pendaftaran Kursus Pengurusan Bisnes CIDB (SKP)

Format diterima: JPG, PNG, PDF. Maksimum 50MB untuk PDF (auto-compress), 10MB untuk imej.

Soalan Lazim (FAQ)

Lengkapkan Syarat Renewal PPK Anda

Jangan tunggu saat akhir! Daftar Kursus SKP sekarang dan dapatkan sijil dalam masa 60 hari.