Renew Lesen Kontraktor CIDB
Pembaharuan lesen kontraktor Grade G1 hingga G7 dengan proses yang mudah dan pantas
Panduan Pembaharuan Lesen Kontraktor CIDB
Pembaharuan lesen kontraktor CIDB adalah proses wajib yang perlu dilakukan setiap 2 tahun selepas pendaftaran untuk memastikan syarikat kontraktor dapat terus menjalankan operasi pembinaan secara sah di Malaysia. Proses ini melibatkan pemeriksaan semula kelayakan syarikat, kemaskini maklumat korporat, dan pematuhan kepada standard terkini CIDB.
Pembaharuan boleh dimulakan seawal 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Untuk mengekalkan status lesen yang aktif sepanjang tempoh permohonan, adalah disyorkan untuk menghantar permohonan pembaharuan sekurang-kurangnya 1-2 bulan sebelum tarikh tamat.
Amaran Penting
Lesen kontraktor yang tamat tempoh akan menyebabkan syarikat tidak boleh menjalankan kerja pembinaan baharu dan mungkin menghadapi penalti dari CIDB. Pastikan pembaharuan dilakukan tepat pada masanya.
2 Bulan Sebelum
Mulakan persediaan dokumen dan semakan kelayakan untuk pembaharuan
1 Bulan Sebelum
Hantar permohonan pembaharuan dengan semua dokumen yang diperlukan
Tarikh Tamat
Lesen baru dikeluarkan sebelum lesen lama tamat tempoh
Syarat dan Dokumen Pembaharuan
Dokumen Wajib
- ✓ Sijil Kursus Integriti & Kod Etika (didaftarkan CIMS-CIDB)
- ✓ Sijil SCORE/MCORE yang aktif
- ✓ Mata CCD mencukupi mengikut tempoh pembaharuan
- ✓ Bukti kewangan (Penyata Bank/Modal Berbayar mengikut gred)
- ✓ Annual Return terkini (Sdn Bhd > 1 tahun)
- ✓ Pendaftaran SSM/ROB aktif
Dokumen Sokongan & Personel Teknikal
- ✓ G4: 1 Diploma (wajib berdaftar EPF/SOCSO)
- ✓ G5: 1 Degree (1 thn) ATAU 1 Degree+1 Diploma (3 thn)
- ✓ G6: 1 Degree + 1 Diploma (min 3 thn salah satu)
- ✓ G7: 2 Degree ATAU 1 Degree+1 Diploma (min 5 thn)
- ○ Sijil Insurans All Risks (Pilihan - untuk SCORE)
- ✓ G7: ISO 9001:2015 ATAU ISO 37001:2016 (Wajib)
Keperluan Modal Minimum (Pembaharuan)
| Gred | Modal Berbayar | Had Projek | SCORE/MCORE |
|---|---|---|---|
| G1 | RM 10,000 | RM 200,000 | MCORE |
| G2 | RM 25,000 | RM 500,000 | 2 Bintang |
| G3 | RM 50,000 | RM 1,000,000 | 2 Bintang |
| G4 | RM 150,000 | RM 3,000,000 | 2 Bintang |
| G5 | RM 250,000 | RM 5,000,000 | 3 Bintang |
| G6 | RM 500,000 | RM 10,000,000 | 3 Bintang |
| G7 | RM 750,000 | Tiada Had | 3 Bintang + ISO |
Peluang Menaik Taraf Grade Lesen
Semasa pembaharuan, syarikat boleh memohon untuk menaik taraf ke grade yang lebih tinggi jika memenuhi syarat yang diperlukan.
G1 → G3
Tingkatkan modal ke RM50k + pengalaman
G3 → G5
Tingkatkan modal ke RM250k + kelayakan
G1 → G7
Perubahan besar: modal + pengalaman + teknikal
Proses Pembaharuan Lesen Kontraktor
Semakan Awal
Semak tarikh tamat tempoh dan kelayakan untuk pembaharuan
Persediaan
Kumpul dan sediakan semua dokumen yang diperlukan
Permohonan
Hantar permohonan dan dokumen melalui portal MCP CIDB
Kelulusan
Terima lesen kontraktor yang diperbaharui
Masalah Lazim & Penyelesaian
Dokumen Tidak Lengkap
Sediakan checklist dokumen dan semak dua kali sebelum hantar
Akaun Audit Terlambat
Hubungi juruaudit awal untuk pastikan siap tepat masa
Insurans Tamat Tempoh
Baharui insurans sebelum mohon pembaharuan lesen
Levy Tertunggak
Jelaskan semua tunggakan levy sebelum pembaharuan
Yuran Pembaharuan Lesen Kontraktor (Sijil PPK)
Nota Penting Pra-Pembaharuan:
- Tempoh pemprosesan: 7-14 hari bekerja
- G1: Pastikan MCORE masih aktif sebelum renew PPK
- G2-G7: Pastikan SCORE masih aktif sebelum renew PPK
- Sijil Integriti mesti didaftarkan dalam sistem CIMS-CIDB
- Mata CCD mesti mencukupi mengikut tempoh pembaharuan
| Grade | 1 Tahun | 2 Tahun | 3 Tahun | SCORE/MCORE |
|---|---|---|---|---|
| G1 | RM 300 | RM 500 | RM 1,000 | MCORE RM 1,000 |
| G2 | RM 500 | RM 1,000 | RM 1,500 | SCORE RM 1,500-2,000 |
| G3 | RM 1,000 | RM 1,500 | RM 2,000 | SCORE RM 1,500-2,000 |
| G4 | RM 1,500 | RM 2,500 | RM 3,000 | SCORE RM 1,500-2,000 |
| G5 | RM 2,000 | RM 3,500 | RM 4,000 | SCORE RM 2,000-2,500 |
| G6 | RM 2,500 | RM 4,500 | RM 5,000 | SCORE RM 2,000-2,500 |
| G7 | RM 3,000 | RM 5,500 | RM 6,000 | SCORE RM 2,000-2,500 |
Yuran Sijil Tambahan
- SPKK (Mengikut tempoh PPK)RM 400
- STB (Sijil Status Bumiputera)RM 500
- Kursus Integriti (15 Mata)RM 400
- Kursus Pengurusan Perniagaan (40 Mata)RM 500
Keperluan Mata CCD
- Renew 1 Tahun (G1-G2)10 Mata
- Renew 1 Tahun (G3-G4)20 Mata
- Renew 1 Tahun (G5-G6)30 Mata
- Renew 1 Tahun (G7)40 Mata
* 2 Tahun = 2x mata, 3 Tahun = 3x mata
Keperluan Khas G7
- ISO 9001:2015 (Wajib untuk SPKK)RM 9,000
- ISO 37001:2016 (Projek Kerajaan ≥ RM100 Juta)RM 12,000
Bantuan Pembaharuan Lesen Kontraktor
Dapatkan bantuan profesional untuk memastikan proses pembaharuan lesen kontraktor anda berjalan lancar.
Isi Borang untuk Bantuan Segera
Pembaharuan Lesen Kontraktor
Pertanyaan Anda Sudah Dihantar!
Kami telah menghantar mesej WhatsApp ke nombor telefon anda. Pegawai kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
Pertanyaan Anda Sudah Dihantar!
Kami akan mengemaskini dan memaklumkan kepada anda secepat mungkin. Klik butang di bawah untuk teruskan ke WhatsApp.
Buka WhatsAppMenghantar permohonan anda...
Sila tunggu, jangan tutup halaman ini
Memampatkan PDF...
Mengurangkan saiz fail...
Ralat berlaku
Sila cuba lagi atau hubungi kami terus melalui WhatsApp.
Fail Besar Dikesan
Dokumen anda melebihi 5MB. Proses penghantaran akan mengambil masa sekitar 2-3 minit kerana sistem akan compress fail kepada saiz lebih kecil.
document.pdf
Saiz asal: 0 MB → Anggaran: ~2-3 MB
Adakah anda ingin teruskan dengan penghantaran?
Soalan Lazim - Pembaharuan Lesen Kontraktor
Jangan Biar Lesen Kontraktor Anda Tamat Tempoh
Hubungi kami sekarang untuk bantuan pembaharuan lesen kontraktor yang pantas dan mudah.
Hubungi Sekarang via WhatsApp