Langkau ke kandungan utama
DOWNGRADE G7 → G1

Turun Taraf Lesen Kontraktor CIDB

Kurangkan gred lesen untuk mengurangkan komitmen dan kos operasi syarikat

Dikemaskini:
No. Pendaftaran SSM:JM1006884-H
3+Tahun Pengalaman
500+Pelanggan Berpuas Hati

Apa Itu Turun Taraf Gred Lesen Kontraktor?

Turun taraf gred (downgrade) membolehkan syarikat kontraktor menurunkan gred lesen dari yang lebih tinggi ke yang lebih rendah. Contohnya, dari G7 ke G5 atau dari G4 ke G2.

Proses ini sesuai untuk syarikat yang ingin mengurangkan komitmen modal, mengurangkan kos renewal, atau fokus kepada projek bernilai lebih rendah yang tidak memerlukan gred tinggi.

Kriteria untuk turun taraf gred adalah sama seperti pendaftaran baru untuk gred sasaran. Perkhidmatan kami membantu memastikan proses berjalan lancar.

Nota Penting

  • Permohonan PPK mesti dibuat sebelum 180 hari tamat tempoh Sijil PPK
  • Tarikh tamat sijil tidak berubah selepas turun taraf
  • Jika sijil tinggal <180 hari, renew dahulu
  • SPKK tidak boleh dibawa semasa turun taraf — akaun SPKK perlu dibatalkan dan buat permohonan baru PPK & SPKK
  • Tempoh kelulusan: 7-14 hari bekerja

Perhatian: Status SPKK Semasa Turun Taraf Gred

Ramai kontraktor terlepas pandang perkara ini — sila baca dengan teliti sebelum membuat keputusan

NAIK TARAF

Contoh: G2 → G4

SPKK G2 BOLEH dibawa ke G4. Tiada perlu mohon SPKK baru.

TURUN TARAF

Contoh: G4 → G2

SPKK G4 TIDAK BOLEH dibawa ke G2. Perlu batalkan akaun & mohon semula.

Langkah yang perlu diambil selepas turun taraf (berkaitan SPKK):

1 Batalkan akaun SPKK sedia ada
2 Mohon PPK untuk gred baru
3 Mohon SPKK baru untuk gred tersebut

Sebab-sebab Turun Taraf Gred

Kurangkan Kos

Yuran renewal untuk gred rendah lebih murah berbanding gred tinggi

Kurangkan Syarat

Gred rendah mempunyai syarat modal dan teknikal yang lebih mudah

Fokus Projek Kecil

Sesuai untuk syarikat yang fokus kepada projek berskala kecil

Yuran Turun Taraf Gred Lesen Kontraktor

Yuran Turun Taraf (G7 → G1)

Harga tetap mengikut gred sasaran

Turun taraf ke Grade G1 RM 500
Turun taraf ke Grade G2 RM 600
Turun taraf ke Grade G3 RM 700
Turun taraf ke Grade G4 RM 800
Turun taraf ke Grade G5 RM 900
Turun taraf ke Grade G6 RM 1,000

Proses Turun Taraf Gred

1

Semakan Kelayakan

Kami semak baki tempoh sijil dan pastikan memenuhi kriteria gred sasaran.

2

Penyediaan Dokumen

Sediakan dokumen mengikut keperluan gred sasaran yang lebih rendah.

3

Penyerahan Permohonan

Hantar permohonan turun taraf melalui portal CIDB.

4

Kelulusan (7-14 Hari)

CIDB akan proses dan luluskan permohonan. Sijil gred baru akan dikeluarkan.

Mohon Turun Taraf Lesen Sekarang

Permohonan Turun Taraf Gred Lesen

Format diterima: JPG, PNG, PDF. Maksimum 50MB untuk PDF (auto-compress), 10MB untuk imej.

Soalan Lazim

Perlukan Bantuan Turun Taraf Gred?

Hubungi kami sekarang untuk konsultasi percuma

WhatsApp Sekarang

Perkhidmatan Berkaitan